Khasiat Peria Katak Untuk Kencing Manis

Olie tak ade masalah kencing manis.Tapi mak dan nenek ada . Selalu diorg makan peria katak ni .mungkin sebab khasiat peria katak untuk kencing manis . Dulu Olie memang tak tahu peria katak ni membantu kencing manis. Cuma tahu ni lauk fav family AKA lauk keturunan haha (agak nya hehe.. Nampak sgt tak amik tahu.tahu makan je ) . Selalu memang nampak mak dengan nenek masak lauk peria katak. Tak nampak pula buat jus ke ape . Ker diorg ade buat jus peria katak tapi olie je tak perasan sebab tak dihidangkan sebagai air hidangan makan tengah hari atau makan malam, atau pun minuman sarapan sebagai ganti teh dan kopi. Memang tak la kan .giler nak minum jus peria katak untuk kencing manis yang pahit tu . muntah hijau daku nanti .

peria katak untuk kencing manis

peria katak untuk kencing manis

Mak dengan nenek selalu masak lauk peria katak . Resepi peria katak Masak cili dgn telur hancur paling di sukai ramai terutama Olie. Rasanya agak pahit sikit . Mak kata tak boleh over cook nanti pahit. Tak tahu lah betul ke tak. Tapi kalau half cook pulak bukan main keras . Acaner nak makan keras. Di sebab kan olie tak berapa pasti cara masak peria katak ni , so olie serah kan aje pada mak ( katakan saja malas sebenarnya. Hihi) .

Pernah 1 ketika musim mak asik masak lauk ni. Sampai olie dan suami panggil sayur jeng jeng jeng. Sebab asal buka tudung saji lauk sayur peria katak . Sampai nak buka ke tudung saji kami akan pandang sesama sendiri sambil cakap jeng jeng jeng ( tak de kijo laki bini. hihi ) Peria katak untuk kencing manis sangat popular sebab peria katak turunkan kencing manis setiap kali kita makan sayur ni. Masak peria katak atau buat jus asalkan makan sayur ni. Tu la mak olie rajin masak hari- hari sampai naik muak kite yang tak de kencing manis ni . Kira peria katak ni macam makanan sihat untuk orang kencing manis .

Khasiat Peria Katak untuk pelbagai masalah kesihatan dan nutrisi yang terdapat dalam peria katak

Olie pernah la konon konon nak try masak . Tapi sayur ape tah yang olie beli. Ingat peria katak sebab rupa peria katak mengerutu luar dia sama macam sayur tu. Rupanya bukan .huhu

Since family Olie memang sejarah kencing manis. Olie banyak jugak la survey pasal peria katak dan kencing manis juga rawatan alternatif lain untuk kencing manis. Peria katak sesuai untuk kencing manis dengan membantu sebagai ganti insulin. Baguskan . Natural insulin . Selain peria katak untuk pesakit kencing manis, resveratrol juga membantu pankreas yang dah tak boleh hasil kan insulin menyebabkan diabetis jadi makin teruk. Resveratrol ni antioksida yang sangat tinggi yang juga bantu kesan sampingan kencing manis pada badan. Jadi tak lah teruk sangat kencing manis tu nanti. Dan yang paling di sukai oleh orang yang kencing manis. Resveratrol boleh bantu turun kan bacaan gula. Pendek kata memang sangat membantu orang yang ada kencing manis.

Dan akhir nya Olie jumpa juga suppliment yang ada resveratrol iaitu vivix shaklee. Jom kita tengok apa tu vivix shaklee.