Masih ramai ibu bapa yang tidak tahu bahaya antibiotic kepada kanak-kanak. Kita dapat lihat anak-anak sekarang mudah jatuh sakit dan mengalami demam yang berulang atau sukar sembuh.Pengunaan antibiotic terhadap kanak-kanak sudah menjadi seperti lumrah jika mereka jatuh sakit, walaupun hanya demam biasa.

Bahaya antibiotik pada anak

Antibiotik ni sangat berbahaya kepada kanak-kanak kecik yang sedang membentuk antibodi badan mereka dan anak-anak yang sedang membesar.Nutrisi lengkap kanak-kanak adalah lebih penting berbanding pengunaan antibiotic terlalu kerap. Nutrisi membantu badan meningkatkan sistem imun dan dapat mengelakkan demam. Tapi, ramai ibu bapa yang tidak mengindahkan pemakanan sihat untuk anak-anak mereka dan lebih bergantung kepada ubat-ubatan. Kadang-kadang kesian tengok anak-anak ni berulang ke klinik dan hospital untuk rawatan. Lagi kesian tengok anak-anak ni terpaksa menanggung demam selalu.

bahaya antibiotik pada anak

Kesedaran bahaya antibiotik pada anak masih belum ada dan menganggap antibiotik sebagai penawar. Antibiotik hanya membunuh bacteria dan tidak membunuh penyakit yang di sebabkan oleh virus seperti denggi, campak dan lain-lain.Sisitem imun badan manusia biasa nya mampu melawan virus dengan sendirinya kecuali virus berbahaya .Walaupun antibiotik dapat membunuh baktria, tapi antibiotik ni akan bagi kesan sampingan lain pulak pada anak-anak.Biasa tak kita lihat kanak-kanak yang kerap sangat demam atau yang bila kena batuk atau flu susah sangat nak baik dan akhirnya melarat ke jangkitan lain yang lebih bahaya. Biasa kan nampak..?

Bahaya antibiotik pada anak

Anak-anak yang membesar sedang membentuk sistem imunisasi badan meraka sendiri sepanjang mereka membesar.Tahu tak antibiotik akan membunuh sekali imunisasi badan anak dan membentuk bactria yang lebih kental, lebih kuat dan lebih kebal yang tak semua antibiotik boleh membunuhnya. Itu lah sebabnya bila nak demam akan mudah demam balik. Kalau flu atau batuk susah sangat nak baik.Ada yang dah makan antibiotik tapi tak baik-baik jugak. Baktria dalam badan dah jadi makin kebal. Kesian anak-anak.

bahaya antibiotik pada anak

bahaya antibiotik pada anakbahaya antibiotik pada anak

Selain membentuk baktria lebih kebal, bahaya antibiotik pada anak boleh mendatangkan alahan pada anak, sakit perut , cirit birit dan menjadikan anak rewel dan tidak cerdas. Saya faham kadang-kadang ibu bapa ini risaukan anak dan mahu mereka cepat sembuh. Ada yang panik bila nak sakit. Anak-anak macam nyawa kita, mesti lah risau kan.. Tapi biar lah kita memberikan rawtan yang tidak mendatangkan kesan lain padanya dan tidak berbahaya.Kalau boleh tambah ilmu tentang kesihatan anak dan petua-petua atau rawatan alami yang boleh kita buat di rumah atau rawatan mengelakkan anak jatuh sakit. Merawat adalah lebih baik dari mengubati.

Ada ibu bapa tak percaya pada petua ni. Kita boleh ambil yang mana boleh diterima akal. Macam makan buah oren tingkatkan sistem imun. Tapi yang mudah ni pun ibu bapa tak nak buat dan akhirnya bagi jawapan ” saya lebih percaya doktor, biarlah doktor yang rawat ” . Kita boleh bantu anak kita untuk lebih sihat cuma perlu usaha dan perhatian yang lebih. Kalau kita serah bulat-bulat pada hospital jangan terkejut bila kita tua anak kita juga akan serahkan kita bulat-bulat pada rumah orang tua atau hospital sahaja.

Anak saya memang saya amalkan Set kesihatan kanak-kanak untuk mengelakkan jangkitan, meningkatkan imunisasi , merawat serta melawan jangkitan. Itu pun setelah saya juga mengalami pengalaman anak pertama yang kerap demam berulang. Alhamdullilah setelah saya mula mengelakkan antibiotik, anak saya dah kurang jatuh sakit. Rasanya tahun ini belum demam lagi. Cuma anak yang kecik je baru baik demam campak.

Ubahlah dan jadi ibu bapa yang memberikan lebih perhatian, penjagaan dan lebih peka kesihatan anak. Duit boleh cari, tapi anak……. biarlah apa pun terjadi pada anak kerana kita telah berusaha supaya tak sesal kemudian hari.

Elakkan antibiotik selagi boleh kecuali kita sudah tiada pilihan. Ketahui juga cara rawat anak demam secara alami.