Sebagai ibu bapa tentu kita pernah megalami situasi anak yang demam dengan suhu yang tinggi. Anak kalau demam memang risau, panik , macam-macam perasaan. Kalau jangkitan biasa doc cuma bagi ubat wajib macam selalu. Ubat demam, ubat selsema atau ubat batuk dan antibiotik. Kita pula terpaksa bawa anak pulang dan jaga di rumah. Dalam keadaan risau dan panic memang tak terfikir tips rawat demam anak di rumah yang sebenarnya lebih mudah dari hanya memberi ubat dan risau sampai demam baik.

Tips rawat demam anak di rumah

Sebagai ibu bapa kita perlu siapkan diri kita dengan tali pinggang merah.. Wahh macam nak bersilat pulak..Maksudnya kita sebolehnya kena master tentang demam , rawatan, tanda penyakit dan trouble shooting.. eh.?… tula banyak sangat blogging , melalut pulak..hihi.. maap…. dan langkah-langkah yang kita boleh ambil. Bertindak pantas untuk setiap rawatan yang kita boleh sediakan untuk anak. Jangan tunggu dan lihat.

Kalau anak kita demam bawa jumpa doctor untuk ketahui apakah jangkitan nya. Hanya doktor boleh kenal pasti apa yang sedang anak kita alami. Kecuali kalau kita pandai dan tahu kenapa dengan anak kita.Suhu tinggi tak bermaksud anak kita sedang mengalami sakit teruk atau jangkitan berbahaya kerana suhu badan adalah tidak balas yang normal oleh badan ni nak lawan jangkitan.Apa yang perlu kita perhatikan pada anak kita adalah tingkah lakunya.

  • Adakah anak active
  • Adakah anak mahu makan atau minum susu
  • Adakah anak berak-berak atau muntah
  • Adakah anak kelihatan merengek atau rewel

cara rawat demam anak di rumah

Demam yang suhu rendah juga tidak bermakna anak tiada jangkitan berbahaya.Demam biasa mengambil masa selama 3 hari. 3 hari adalah waktu untuk badan melawan jangkitan dan menyebabkan suhu badan tu naik. bawa jumpa doktor dan rawat anak di rumah.Kalau boleh elakkan antibiotik jika tiada jangkitan berbahaya kerana antibiotik sangat berbahaya untuk kanak-kanak . baca sini ( bahaya antibiotik pada anak ).Juga elakkan penggunaan ubat selsema dan ubat batuk

Apa yang perlu kita buat

  • Kawal suhu anak dengan ubat demam. Kalau boleh stanby ubat bontot di rumah untuk emergency bila suhu naik terlalu tinggi atau tak turun dengan ubat demam.
  • Tuam anak dengan air asam jawa. Asam jawa boleh menurunkan suhu aka sejukkan badan. Tak perlu menggunakkan air yang terlalu sejuk sebab badan akan reflex balik untuk memanaskan badan  kalau terlalu sejuk.Cukup air suhu bilik je.Lagi pun kesian budak akan mengigil kesejukkan.
  • Basahkan pelipat tangan , kaki dan tengkuk dan sapu ke seluruh badan.Kemudian tepek air asam jawa ke atas kepala. Tepuk-tepuk biar menyerap dan biarkan towel tu atas kepala anak. Jangan lupa alas tempat tidur anak. Nanti habis basah tilam
  • Pakaikan anak dengan pakaian yang mudah bernafas. Maksudnya baju nipis dan mudah udara masuk. Seluar pendek dan singlet pun ok.
  • Tidur di dalam bilik yang sejuk. contoh aircond atau bawah kipas. kalau sejuk sangat , selimutkan dengan selimut nipis macam kain napkin baby tu.

Untuk membantu anak cepat sembuh, kenal pasti jangkitan pada anak dan rawat jangkitan tu. Saya gunakkan nutriferon  dan garlic sebagai pengganti antibiotik untuk melawan jangkitan dan set kesihatan kanak-kanak untuk imunsasi dan kesihatan lebih baik .Alhamdullilah memang setiap kali demam, ini yang saya gunakkan dan anak pulih dari demam selepas 3 hari badannya bekerja keras melawan jangkitan. Anak pun kurang rewel sebab tak ada dadah di dalam setiap rawatan yang saya gunakkan.

set kesihatan kanak-kanak

Jadual makan vitamin dan rawatan ni offcourse berbeza dengan dose dan jadual semasa sihat.Kalau ada yang ingn mencuba cara rawat anak di rumah secara alami ni boleh pm saya dan saya aturkan cara makan dan dose yang sesuai.