Nak jadi ibu menyusu memang bukan senang . Apatah lagi kalau bayi terlalu kerap menyusu lebih dari biasa.Kadang-kadang sampai setiap setengah jam tak sempat nak panas panggung  duduk , anak dan menagis mintak susu lagi.

bayi yerlalu kerap menyusu

Bayi terlalu kerap menyusu  selalunya masa dalam pantang dan di bulan-bulan awal bayi. Dulu masa anak sulung saya tak arif langsung  tentang hal-hal ni sampai saya rasa penat sangat nak menyusu. Anak ke dua juga pun saya alami masa dalam pantang sampai kan luka jahitan saya bengkak sebab kerap duduk gendong anak.Rasa stress  dalam pantang mase tu sebab terpaksa layan baby yang asik-asik nak menyusu.

Akhirnya masa anak ketiga saya baru faham kenapa bayi terlalu kerap menyusu masa dalam pantang  dan bulan-bulan awal bayi.Ada 3 sebab kenapa bayi terlalu kerap menyusu.:

  1. Bayi sedang beralih bulan atau growth spurt .
  2. Ibu kurang makan atau susu drop menyebabkan bayi tidak kenyang
  3. Bayi tidak sihat atau sejuk

Alhamdulillah ,  anak ketiga saya lebih tenang melalui saat-saat bayi terlalu kerap meyusu. Beruntungnya kalau dari anak sulung saya tahu semua ni kan , senang nak hadapi dan tak de ah saya rasa menyusu ni macam membebankan dan mungkin saya tak campur susu formula  hanya kerana ingat saya tak cukup susu.

ibu – ibu yang mengalami masalah macam ni , saya nasihatkan selagi boleh elak kkan campur  susu formula. Jika bayi terlalu kerap menyusu jugak dan masih nampak lapar, boleh la cuba set menyusu untuk galakkan penghasilan susu. Fahami bayi kita dan berikan yang terbaik.

Hubungi saya jika ada yang memerlukan khidmat nasihat hamil,berpantang dan menyusu.

Vitamin Consultant Olie 012 677 0032