012 - 677 0032

Selsema memang lambat baik. Demam dah surut pun selsema masih tak surut, Kadang-kadang sampai berlarutan berminggu-minggu. Meleleh je hingus anak kita.Asik lap je, hidung pulak melecet sampai merah-merah.. kesian..jom kita cuba cara rawat selsema bayi ni. Insyallah dapat membantu anak cepat sembuh.

Close up of baby looking at camera with blue eyes

Kita perlu ada bahan-bahan ni kat rumah ( macam rancangan masak memasak pulak)..huhu

  • Penyedut hingus. Saya pakai nosefrida  aspirador nasal.
  • Vick balm atau garlic oil
  • herba blend
  • Sea water boleh dapat kat farmasi

Kalau bayi masih menyusu, ibu boleh ambil nutriferon , garlic dan vit c untuk imun sistem dan melawan jangkitan. Kalau bayi yang tidak menyusu badan lagi dan berumur 6 bulan ke atas boleh cuba chewable vit c, nutriferon dan garlic dengan cara makan dan dose yang berbeza dari kanak-kanak besar.

Setiap pagi selepas bangun tidur  boleh buat vick wap atau garlic wap. Letakkan vick / garlic tadi dalam air panas mengelegak kemudian duduk di dalam selimut atau bilik kecik bersama bayi. Jaga-jaga jangan terkena bayi pula air panas tu..Biarkan baby menghirup udara yang berangin tu untuk mencairkan kahak dan selsema nya. Boleh ulang sebelum tido untuk keselesaan bayi waktu malam.lepas dah wap tepuk-tepukkkan belakang bayi dengan tangan menangkup. Goyang hanya dari pergelangan tangan. Dalam keadaan bayi menangkup.Sesudah itu sedut hingus bayi sehingga habis.

cara rawat selsema bayi

Sedut hingus bayi setiap setengah jam atau setiap kali hingus sudah berkumpul. Ramai ibu bapa nak sedut hingus anak pun  malas.. Macam mana nak baik . huhu.. Sea water boleh di gunakkan jika bayi mengalami hidung tersumbat atau hingus yang pekat.

Pastikan sedut hingus bayi sebelum tidur untuk keselesaan baby  kemudian sapu kan herba blend di dada , belakang dan leher bayi. Sapukan juga vicks di selimut, leher baju dan tapak kaki supaya bayi dapat bernafas dengan selesa.Ini lah cara rawat selsema bayi yang saya gunakkan berpandukkan pengalaman dan informasi dari doktor pakar.

Rawatan awal boleh mencegah dari berlaku pembentukkan kahak yang tebal yang boleh melarat kepada jangkitan paru-paru.

Selamat mencuba dan semoga bayi anda semua sihat.

Lihat juga

bahaya antibiotik pada anak

Set kesihatan kanak-kanak