Air Minuman Bersih |
Air yang bersih dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, menggalakkan metabolisme sel, mengurangkan risiko penyakit dan pertumbuhan sel abnormal serta dapat menghalang penyebaran toksin.Walau bagaimanapun, air yang kita minum pada hari ini semakin tidak selamat berikutan daripada pencemaran sumber air yang semakin teruk. Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan, warna dan kualiti sehingga menyebabkan ia tidak sesuai diminum dan memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Suatu ketika dahulu, masyarakat tidak menghargai bekalan air bersih yang sememangnya mencukupi, malah melebihi untuk menampung kegunaan seharian. Tetapi pada hari ini, air dikhuatiri menjadi satu komoditi penting berikutan kekurangan sumber air serta peningkatan kos rawatan air.
Air adalah satu sumber yang bernilai tetapi kita terus mengeksploitasikannya. Sehingga kini, banyak yang telah diperkatakan, dibincangkan serta ditulis mengenai air. Namun, kebanyakan daripada kita masih kurang menghargainya.
Kita sudah tentu berasa jijik dan loya apabila melihat pelbagai sampah membusuk di dalam longkang, membuatkan pengaliran air longkang tersumbat. Pantai-pantai dipenuhi sampah sarap yang menjengkelkan dan punca utamanya ialah manusia itu sendiri. Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Namun, masih ada segelintir kilang yang secara terus menyalurkan sisa buangan ke dalam sungai.
Pencemaran Air |
Selain itu, pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di dunia pada masa kini. Antaranya, disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku.
Dipetik dari ISTAR
I just want to tell you that I’m all new to blogging and seriously savored your page. Probably I’m likely to bookmark your blog post . You really come with excellent writings. Kudos for sharing your web-site.
I just want to tell you that I am all new to blogging and site-building and actually savored this web blog. Likely I’m want to bookmark your site . You actually have amazing posts. Many thanks for sharing with us your blog.
I simply want to mention I’m all new to blogging and definitely loved this website. Likely I’m likely to bookmark your site . You really come with terrific posts. Bless you for sharing your blog.