Assalamualaikum, Lamanya tak menulis, Insyallah hari ini saya nak kongsi pengalaman Jana Pendapatan Online . Sesuai untuk anda yang yang Jana Pendapatan secara online sambilan atau sepenuh masa. Rugilah kalau kita tak mencuba atau sekurang-kurang dapat sedikit hasil secara online dalam era teknologi yang makin laju. Siapa lambat akan tertinggal. Lagi cepat kita mula lagi baik.

Pada yang baru kenal, Saya Olie Fazlia dan saya telah 7 tahun menjana pendapatan secara online. Sejak berhenti kerja tahun 2012 saya mula mencari kerja yang boleh buat dari rumah sambil jaga anak. Sejak itu saya mula berjinak untuk Jana Pendapatan dari online. Alhamdulillah diberikan jalan saya berjumpa dengan bisnes Shaklee dan mula belajar untuk membina perniagaan secara online tanpa modal besar. Sebelum berjumpa dengan Bisnes Shaklee ada juga saya jula pakaian namun modal besar dan berhenti separuh jalan.

Dari situ saya belajar apa yang boleh di buat secara online.Belajar selok belok nak marketing online tanpa iklan, belajar buat copy writing dan blejar mengenal semua platform marketing serta social media. Banyak juga nak kena belajar tetapi berbaloi sebab tak keluarkan kos yang banyak kerana saya banyak gunakan free marketing.

Apa yang ramai tak tahu…

Jual produk orang adalah permulaan yang baik terutama produk yang sudah branding. Ramai yang cuba mula dengan menjadi founder dan keluarkan modal yang banyak, kemudian buat iklan tanpa tahu dahulu apa hasil dan modal bakal terbakar. Tapi kalau anda memnag mempunyai modal yang besar tak ada salahnya Jana Pendapatan Online dengan modal yang besar terus.

Apa yang saya pernah cuba untuk Jana Pendapatan Online:

  • Drop Ship & MLM
  • Affilate
  • Blogging
  • SEO
  • Content creator

Semua ini pernah saya cuba dan alhamdullilah membantu saya Menjana Pendapana Secara Online. Anda juga mungkin boleh mencuba beberapa  Tips Cara Jana Pendapatan Online di sini. Ada beberapa yang belum pernah saya cuba dan mungkin anda boleh cuba.

Cabaran Jana Pendapatan Online

Banyak cabaran saya lalui ketika permulaan anak mulakan perniagaan secara online. Masa buat produk sendiri banyak wang dikeluarkan untuk modal buat produk dan iklan. Kemudian baru saya belajar tentang 0 kos marketing tanpa iklan. Dah betul-betul mahir baru belajar pula untuk iklan yang betul.

Selain tu masa. Masa untuk membina perniagaan dan platform yang stabil untuk bisnes online saya supaya dapat menjana pendapatan yang stabil bulanan.Semua ini perlukan masa untuk dibina. tambahan saya bekerja hanta dari rumah dengan tugasan rumah dan anak. jadi ia agak mencabar permulaan kerana belum pandai mengurus masa.

Cabaran yang paling mencabar adalah diri kita sendiri. nak lawan kemalasan dan keselesaan. Bekerja sendiri tak sama dengan makan gaji. Sebab kita lah bos dan kita lah kuli. Kita boleh selesa tak nak buat apa-apa jika kita pilih. Kita kena keluar dari zone selesa kita.

Apapun selagi anda berusaha anda boleh dapat pendapatan yang lumayan dengan Jana Pendapatan Hanya Secara Online. Pilih perniagaan yang sesuai dengan anda dan yang anda suka dan Buat Duit Secara Online