Pagi timbang kurang 1 kg , petang naik 1.5kg, Confuse tengok penimbang ni. Rosak ker.? Takkkan 1 hari boleh naik banyak tu.. Saya sharekan untuk korang cara mengetahui berat badan yang tepat .

cara mengetahui berat badan yang tepat

Berat pakaian dan apa yang kita makan dan minum mempengaruhi berat badan kita. Ni sangat penting terutama untuk korang yang tengah diet. Nanti timbang tak nampak pula turunnya.Pakai penimbang digital supaya boleh nampak walau beberapa pound perbezaan.

Cara mengetahui berat badan yang tepat adalah pada waktu pagi. Di timbang selepas kita mandi dan membuang segala isi perut dan air dengan tanpa pakaian. Kalau tengah hari korang timbang dah tak tepat lagi. Sebab air dan makanan yang kita minum boleh jadi 1 ke 1.5 kg.

So kalau nampak esoknya turun 1 ke 1,5kg, jangan risau korang cuma turun bahan buangan. Penurunan yang betul adalah 2kg ke atas. Baru la kita boleh sebut kita turun berat.

Cubalah… Buat selama 1 minggu dan kawal makan. Lihat berapa korang mampu turun.