Anak pertama saya bersalin secara caesarean. Umur kandungan ketika itu adalah 41 minggu, bermaksud over due. pergi ke hospital pun bukan kerana sakit nak bersalin kerana appoiment yang di tetapkan oleh dokter sebab dah over due.Memang tak de rasa nak besalin kecuali rasa penat bawak perut yang bukan main besar ni.

alt= kehamilan overdue
Keudua-dua kali mengandung saya overdue. Baby dalam perut tak nak keluar-keluar.Jadi menginap la di hospital beberapa hari untuk process induce, 1 hari sekali induce.Sehingga 3 hari induce baru 3 cm sahaja yang bukaan. Hari-hari kene korek check bukaan, sangat merimaskan,menyakitkan,memalukan, dan setiap kali check , bukaan tak seberapa.
Hari ketiga air ketumban pecah pukul 9 pagi dan jam 6 petang saya di hantar ke labour room dengan bukaan hanya 3cm.Ikut procedure memang hanya 3 hari je boleh induce. Dalam labour room , masuk air, masuk hormon tiruan bagi membantu bukaan pintu rahim.
Malangnya selepas 12 jam bukaan masih sama.Saya menahan sakit selama 12 jam dan hanya di benarkan
bersalin secara caesarean  setelah beberapa kali saya mengamok dalam labour room memanggil dokter dan meminta untuk bersalin secara caeser.Maklumlah hospital kerajaan, service teruk sikit.Kalau swasta di alu alukan untuk caeser ( make money out of it ).
Kesakitan paksaan bukaan rahim yang menyakitkan selama 12 jam buat saya tak fikir panjang lagi.Selain ” operate je lah dokter “. Cik abang jangan cakap lah.. bebakul-bakul dengar rungutan dan dengar saya meroyan dalam labour room.
alt= bersalin caesar
Jam 1 pagi saya selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 3.2kg.Masih meneruskan penginapan di hospital selama 3 hari lagi.Dokter hanya benarkan keluar sehingga saya mampu berjalan ke bilik air sendiri bagi memastikan keaddan saya kembali normal selepas di bius separuh badan tu.
Kembali ke rumah dan berpantang  beserta set berpantang yang tak terusik.Maklumlah anak pertama tak ada pengalaman. Beli set bersalin beratus-ratus,tp tak boleh makan semua jamu-jamu tu.Pergerakkan terbatas sebab bersalin caeser . Tak boleh tungku,tak boleh barut.Saya hanya pakai barut selepas 2 minggu. Itupun barut yang pakai lekat sahaja.
Ini lah Bayi Comel yang saya lahirkan.
Hasilnya kesan selepas  bersalin secara caesarean , perut buncit, sakit belakang kesan dari suntikan bius pada tulang belakang,kaki kebas- kebas kadang-kadang.Badan lemah sebab tak dapat makan set berpantang semasa berpantang. Nak breast feed baby pun agak susah sebab sakit bahagian perut. Saya juga mengalami infection pada bahagian jahitan caeser dan berulang alik ke klinik kesihatan  buat drassing.Akibatnya tak menjaga luka supaya kering selalu.
Pendek ceritanya nak recover bersalin secara caesarean ni memakan masa .Anak kedua saya bersalin normal Alhamdullilah dan berpantang dengan baik dengan Set Bersalin Shaklee ( pengenalan dengan Shaklee, Jatuh cinta pandang pertama..huhu ).Next entry saya kongsi pengalaman bersalin normal pula.