012 - 677 0032

Ini pengalaman aku sendiri yang tak sedar bahawanya aku telah diserang asthma beberapa kali dalam 5 tahun ni… huk huk.. 5 tahun dah kena tapi tak sedar langsung, tak terfikir langsung. Sebab nya aku bukan kena serang yang sampai tak boleh nafas langsung atau sampai kena pegi hospital. Aku kena yang mild je.. kot..

Sejak besalin anak pertama aku kena ni. Rasa macam  ketat nak bernafas.. Nak tarik nafas tak puas. Pegi jumpa doktor mintak ubat kahak sebab aku fikir banyak kahak tersumbat agaknya kat tekak ni.Setiap kali diserang rasa susah nak buat kerja, mengah, semput, perasaan pulak macam jadi risau je  lepas tu muram je jadinya. Gejala sama macam tanda awal asthma.

tanda asthma

Pernah juga jumpa doktor dan cakap semput. Doktor bagi ubat ashtma , ubat untuk bukak saluran penafasan dan inhaler. Tapi masih rasa tak sedap nak bernafas, even lepas ambil nebulizer pun masih sama. Jumpa dokter lain, dokter cakap aku kembung lepas tu bagi ubat angin. Magicnya lepas tu baik. Bertambah la aku tak terfikir yang aku ada asthma.Was- was ini tanda awal asthma ke tanda lain.????..

Setiap tahun mesti kena, tapi masih mild dan aku akan hanya ambil ubat kahak atau tunggu sampai baik sendiri. Kadang-kadang sampai 2 minggu baru rasa lapang. Sepanjang 2 minggu tu tak selesa je lepas tu jadi macam muram je sebab tak dapat nak buat kerja harian macam biasa, mengah. Tangan kadang-kadang sampai terketar macam nervous ke panik agaknya.

tanda asthma

Tahun ni lepas bersalin kedua sepanjang 10 bulan ni ,3 ke 4 kali kena. Aku rasa tambah pelik, sebab kali ni bila aku tarik nafas ada bunyi weezing dalam dada.hairann ..hrmmmm??????? . Kenapa dengan aku ni. Keadaan tu datang dan pergi. Kejap ada kejap tak da. Dan minggu ni memang rasa teruk sikit. Aku susah nak tarik nafas. tak puas bernafas. Dada ketat, kat leher ni pulak rasa macam kena cekik je sepanjang masa. Kerja harian aku mula terbatas.Mula tak larat nak buat apa-apa, lepas tu muram je. Aku masih ingat aku berkahak agaknya sampai ketat leher ni. Makan garlic complex untuk cairkan kahak..Rasa macam cair sikit dan bunyi weezing rasa kurang. Tapi leher aku masih rasa tercekik, rasa ketat. Dah tekat suruh hubby bawak pegi klinik buat rawatan sonotron nak cairkan kahak ni ,tebal sangat agaknya aku pun dah tak selesa nak buat kerja harian dengan keadaan macam ni.

Petang tadi makan dengan hubby di hujan hari sambil minum teh o panas. Tiba- tiba rasa lega sangat. Terus dapat bernafas pulak. Rasa tercekik pun tak da… Aiikkkkk… Baru aku sedar yang aku asthma. Perlu panas sebab saluran penafasan dah mengecut. Patot la  makan garlic pun macam tak ada kahak yang cair pun. Sebab kahak tak banyak sangat tapi saluran mengecut. Semua yang aku kena selama ini adalah tanda awal asthma rupanya. Dah tak berapa nak tanda awal lagi sebab dah 5 tahun kena.

asthma

Baru la mengimbas apa yang tak kena. Aku tido dalam aircond, siang pulak panas bukak aircond lagi.Lepas tu tak suka minum air panas, suka mandi lepas pukul 9, kadang kadang pukul 11 pun boleh mandi. Sebab aku suka mandi sebelum tido, baru sedap je nak tido..Ini lah punca-punca nya rupanya..

Baru lah terhegeh-hegeh nak cari balik mana inhaler yang doktor bagi 3 tahun lepas… eh.??? 3 tahun dah ..mana ada lagi. Kalau ada pun dan expired..ehehee..  Kena jumpa doktor mintak standby. Tak sanggup nak rasa kena cekik kat leher lagi.. Tu tak pa lagi, takut apa-apa hal. sebab aku jaga baby kat rumah sorang-sorang.. Kena standby.

Selalu jadi penasihat orang asthma makan vivix dan omega. Rupanya aku sendiri asthma tak sedar… heeeeeee.. Sekarang aku pulak kena makan vivix dan omega. Vivix dan omega ni bantu orang asthma buka saluran yang tersumbat dan baiki balik punca asthma dalam badan kita. bagus nya tanpa steriod atau kimia. 100% semulajadi treatment.

Ada sesiapa yang asthma juga boleh hubungi je.. Sama-sama kita rawat asthma tanpa steriod.. Insyaallah boleh baik terus…. lagi baik… Dan kalau ada apa-apa sakit yang membimbangkan, jangan buat diam je macam aku  Pergi la dapatkan nasihat doktor untuk kenal pasti. Cegah awal adalah lebih baik.

pengedar shaklee