012 - 677 0032

Hari ni kelopak mata atas belah kiri berkedip-kedip. Orang dulu-dulu kalau saraf mata berkedip-kedip macam ni ada orang rindu la, nak nangis la.. macam-macam..

Aku rasa mata aku ni penat tak cukup tido dan asik mengadap lappy. Aku pulak jenis rabun cahaya , 200 hokey powernye. Tapi tak suka pakai cermin mata. Aku pakai bila nak mengadap Lappy atau pegi training. Bila perlu untuk concentrate melihat sesuatu je baru pakai. Lain-lain waktu memang tak pakai.Rasa macam rimas kalau cermin mata ni asik bergantung atas hidung ni. hehe

saraf mata berkedip-kedip

Dulu sebelum kena tukar power dari 100 ke 200 pun mata aku berkedip macam ni dekat 1 bulan. Punyalah aku fikir apasal dengan mata aku ni. Rupanya bila check power sudah naik dan cermin mata lama punya power tak cukup nak bantu mata aku ni.

Masa berkedip dulu ada la kawan-kawan bagi petua suruh tengok pokok hijau kat depan office tu bagi mata relax sekejap. Pandang ke pokok hijau ni boleh relaxkan mata dan mind kita. Cuba try.. Rasa tenang sikit.

Saraf mata berkedip-kedip ni boleh jadi 1 penyakit jugak. Pernah terbaca pasal rawatan untuk yang dan kronik sampai kena botox matikan saraf yang tak berhenti berkedip tu dan berpanjangan. Kalau dah asik berkedip memang sangat anoying rasanya. Nak pulak yang berkedip setiap saat.Rimas..rimas..

images (3)

 

Nasib kali ni aku kena tak teruk macam dulu.. Tapi harap-harap tak berlanjutan macam dulu la.. anoying sangat rasanya.

Rasa kena cuba rehat dan tidur awal malam ni. Tengok besok makin baik ke tak.. Kalau tak kena makan bcomplex Shaklee bagi saraf relex sikit..

tido dulu la… Selamat Malam..