Berhenti merokok tinggal niat atau kenyataan ? dulu aku ingat hanyalah angan-angan . Tapi sekarang dah jadi kenyataan dan aku rasa sangat happy nak share pengalaman nak berhenti merokok dan bantu orang lain  yang nak berhenti merokok atau yang lebih kurang macam aku dulu. Niat..niat dan niat , tapi tak berhenti jugak ( makan tahun juga berniat ni ) umpama angan-angan mat jenin . Tak pa , Asalkan ada niat dah cukup bagus, sebab apa pun bermula dengan niat.

pengalaman nak berhenti merokok

Aku seorang perokok yang hampir-hampir nak masuk 20 tahun . Sikit je lagi nak cecah 20 tahun aku pun berhenti dengan jayanya. Tak tahu lah dah berapa batang rokok yang aku isap sepanjang tempoh tu.Confirm tak terkira,Kalau kira pun aku tak nak tahu..seramm fikir keadaan paru-paru aku .

berhenti merokok

Aku terniat nak berhenti merokok semenjak aku kawin. Tapi malangnya sampai aku ade anak pun aku tak berhenti lagi . Susah giler nak benti. Tahun berganti tahun tak jugak berhenti. Makin aku fikir nak berhenti makin kuat pulak aku berasap.huk..huk .. Makin galak membeli rokok, makin rasa stress nya nak berhenti. Bile stress cari rokok sudahnya. Rosakkkk niat. Aku rasa bukan aku je macam ni, mungkin boleh di katakan kebanyakkan perokok macam aku ni.Mana aku tahu ? .. Sebab masa pasang niat tu ada jugak kawan-kawan AKA geng merokok aku pun sama-sama niat nak berhenti.Sambil sama-sama berwawasan nak berhenti dan berazam, sambil tu jugak bakar rokok.. (hancusssss).

Tak senang nak berhenti merokok ni . Orang yang tak merokok atau iklan ubat berhenti merokok boleh la cakap je kan. Hanya kite je yang tahu, bukan mudah.Walaupun harga rokok naik macam mana pun..Is not easy for smokers.Aku sangat faham.

berhenti merokok

Since sekrang aku dah berhenti, aku nak share dengan korang pengalaman nak berhenti merokok aku, tips, trick , kerohanian dan vitamin yang aku cuba dan praktikan sepanjang perjalanan aku berhenti.Dan kalau boleh , aku nak semua pun dapat rasa nikmat hidup yang sangat best selepas tiada lagi nikotin dan carbon monoksida dalam badan. Best tau. Rasa hidup semula. Nanti aku sharekan di lain entry.satu entry memang tak habis aku nak cerita, rasa macam nak buat novel tak pun documentary.,hihi