Seringkali kita dengar keluhan isteri tentang suami yang mula dingin di pertengahan perkahwinan,Suami dingin ketika isteri mengandung dan ketika sudah mempunyai anak .Hal ini seringkali terjadi tambahan setelah mempunyai anak lebih dari seorang.Bagaimana mengetahui suami mula dingin dan mengapa suami dingin serta cara mengatasinya.

Sebelum mencari sebab menagapa suami dingin , mari kita kenali tentang lelaki

  1. Lelaki dijadikan memang sukakan perempuan,suka tengok perempuan kalau tak suke maknanya tak berapa normal.Hanya lelaki yang kuat iman sahaja dapat melawan hawa nafsu ini dari terjerumus kepada yang tidak baik.
  2. lelaki macam budak-budak. walaupun sudah berkahwin mereka masih mahukan layanan seperti ibu mereka
  3. lelaki tidak boleh berfikir atau banyak benda dalam 1 masa.tak macam perempuan multitasking
  4. lelaki tak suka kena bebel atau marah .masih macam budak-budak juga tapi mereka tak suka dimarahi seperti budak-budak
  5. lelaki tak pandai meluahkan masaalah mereka samaada pada isteri atau kawan-kawan.dan lelaki mempunyai ego mereka tersendiri
  6. Lelaki boleh mengawal emosi berbanding perempuan selalu mood swing
Mengapa suami dingin setelah beberapa tahun perkahwinan.Ada banyak punca boleh menyebabkan suami dingin dengan istri.
  1. Penampilan isteri.luar dan dalam -Lumrah lelaki yang suka pada perempuan.cuba lihat adakah penampilan kita berubah setelah berkahwin atau setelah mempunyai anak yang membuatkan suami jemu ,atau macam bibik di rumah. .Sebagai isteri kita perlu menjamu mata suami,bukan sekadar menjamu makanan pada suami.
  2. Adakah kita melayan suami sebaiknya.Membelai dan memanjakan suami serta menjaga keintiman bersama.
  3. Cuba check adakah suami bermasalah di tempat kerja atau tertekan.Mereka akan banyak termenung dan berfikir dan menjadi pendiam atau menyendiri.
  4. Tingkah laku kita. Adakah kita membuat sesuatu yang suami tidak suka.seperti mula membebel,marah-marah atau sering bermasam muka yang tidak kita sedari sehingga membuat suami berkecik hati.
  5. Akhir sekali cuba selidik jika suami sembunyikan sesuatu atau sudah beralih arah.Sebab ini boleh boleh merangkumi semua sebab diatas keapda suami untuk beralih arah.
Apa perlu dilakukan jika suami mula dingin.
  1. Perbaiki penampilan lebih-lebih lagi dalaman kita.Buat sesuatu yang baru dan tingkatkan kesihatan luar dan dalam
  2. Perbaiki keintiman bersama.Jaga keintiman kita dan sentiasa perbaharui supaya kita dan suami tidak jemu.Dapatkan rawtan, terapi atau sebagainya yang dapat membantu menyemarakkan kembali hubungan.Jangan malu untuk berubah dan mencuba.
  3. Jika suami mempunyai masalah, gembirakan dia setiap masa ,tak perlu memaksa untuk die bercerita, kerana setengah lelaki lebih suka menyelesaikan masalah sendiri. Cukup sekadar menjadikan rumah sebagai tempat yang tenang untuk suami menghilangkan tekanan di tempat kerja.
  4. Jaga adab dan tingkah laku kita yang sentiasa berlemah lembut dan mengalah dalam hal-hal kecil.
  5.  Jika suami ada yang lain, bertenang dan jangan meletop dulu.kalau kita meletop suami akan lagi jauh.Tarik suami kembali, lakukan semua yang perlu diatas diiringi doa dan kesabaran. Insyallah ” best women win “.
  6. Jika suami dingin ketika isteri sedang mengandung atau dalam pantang cubalah bawa berbincang dengan cara yang berhemah dan fahamkan suami tentang keadaan kita.Jika kita tidak mampu melayan suami iktiarkan cara lain .Tak semestinya harus bersama ( faham-faham lah ya )
Hargai dan sayangi diri kita untuk orang lain menyayangi kita.Perbaiki kesihatan dan kecantikan luar dan dalam untuk diri sendiri.Setiap orang di lahirkan mempunyai keistimewaan masing,kita juga istimewa.Yakin , positif dan pandang kehadapan.

“Sayang menarik sayang,Benci menarik benci”