Ramai orang tidak faham tentang ketagihan merokok dan bagai mana ia terjadi samada orang yang merokok atau yang tidak merokok.Bagi perokok mereka hanya rasa keseronokkan merokok dan getaran emosi yang mereka rasa seperti mengurangkan stress, gemuruh,risau dan sebagainya.

Manakala bagi yang tidak merokok, mereka menganggap perokok sebagai orang bodoh yang menyedut asap tanpa faedah dan tidak memahami kesukaran seseorang perokok untuk berhenti dari ketagihan merokok .

ketagihan merokok

Merokok adalah suatu ketagihan yang lebih kuat berbanding kokain ,heroin , ganja atau arak. Akan tetapi nikotin dari rokok mudah di keluarkan dari badan berbanding yang lain iaitu dalam 3 hari . Merokok mampu sampai ke otak dalam 10 saat berbanding suntikan kokain yang mengambil masa selama lebih kurang  5 minit .Sebab itulah ketagihan merokok lebih teruk dari ketagihan kokain.Apabila nikotin sampai ke otak, ia merubah tahap kestabilan kimia yang berada dalam otak kita iaitu dopamin dan noradrenalin. Perubahan ini membuatkan tahap mood dan tumpuan perokok berubah. Bagi perokok rasa itu menyeronokkkan , ia di panggil smoking sensation dan ini yang membuatkan ketagihan di mana ia membuatkan otak kita bergantung kepada nikotin. Semakin banyak nikotin yang di bekalkan, semakin otak kita bergantung kepadanya dan kadar nikotin yang di perlukan akan meningkat dari masa ke semasa.

ketagihan merokok

Seorang perokok harus mendapatkan nikotin yang sama banyak setiap hari. Jika ia merokok lebih banyak, maka jumlah batang rokok akan meningkat pada hari berikut nya mengikut keperluan otak yang sudah di tetap kan perokok itu sendiri dari jadual merokoknya. Contoh,perokok yang hisap 20 batang rokok sehari harus mendapatkan 20 batang rokok hari berikutnya. Jika kadar nikotin berkurangan, perokok akan mengalami withdraw simthomp seperti marah, mengantuk , tidak bertenaga dan tidak dapat focus.

ketagihan merokok

Jika seseorang dalam proses berhenti atau ingin mengurang kan jumlah batang rokok sehari, dia perlu tekad dan semangat untuk mengurang kan nya sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 hari dengan cara melewatkan setiap sesi merokok. Selepas 3 hari kadar nikotin yang berjaya di turunkan akan membantu otak mengurangkan ketagihan ( jumlah batang rokok sehari ). Mengurangkan jumlah batang rokok setiap hari adalah lebih baik dari tidak mengambil tindakkan apa-apa.Setiap kali ia di kurangkan, sel-sel badan dapat berada pada tahap normal seketika dan cuba membaik pulih sehingga anda menyalakan rokok semula.

Memahami apa yang terjadi pada badan kita akan lebih memudah kan kita berhenti merokok di samping memberi kesedaran untuk diri sendiri.Untuk ada yang ingin berhenti boleh lihat LANGKAH AWAL BERHENTI MEROKOK  dan VITAMIN BERHENTI MEROKOK. Semoga dapat membantu dan selamat Berjaya !!