Pengalaman Diserang Anxiety – Part 1

Assalamualaikum, ini adalah Pengalaman Diserang Anxiety saya yang sebenarnya sudah bermula bertahun lamanya, namun bukan lah pada tanda Anxiety yang teruk. Namun ia sebenarnya ia sudah lama terbina didalam tubuh saya akibat masalah penghadaman dan perut. Pengalaman Diserang Gastrik Gerd Anxiety ni memang tak kan dapat dilupakan seumur hidup saya dan inilah mimpi paling ngeri pernah saya alami.

 Pengalaman Diserang Anxiety

Mungkin ada di antara anda juga sudah mengalami tanda-tanda namun belum pasti. Atau yang masih mencari jawapan. Insyallah di dalam perkongsian saya ini akan sedikit sebanyak membantu anda kenal tanda-tanda anda dan mendapat jawapan.

 

Mula-mula saya diserang Anxiety pada pertengahan tahun 2018. Ketika itu saya di office client sedang meeting pembinaan website untuk syarikat berkenaan.Tiba-tiba ketika sedang berbincang jantung saya mula berdegup laju dan tanpa diminta atau atas sebab apa-apa muncul perasaan takut teramat. sangat takut. Ketakutan itu seolah-olah seperti nyawa dihujung tanduk. Saya takut pada orang sekeliling. Tidak dapat saya ceritakan secara jelas kerana bimbang anda yang membaca ini mengalami anxiety dan akan terasa atau trigger dengan cerita saya, memandangkan saya pernah Mengidap Anxiety jadi saya faham keadaan  kawan-kawan yang mengalaminya.

 

 

Ketika ini saya berharap tiada sesiapa yang bercakap dengan saya. ada orang baru masuk office dan tegur saya. saya hanya anggukkan kepala sambil pura-pura membelek laptop. walaupun waktu itu saya sudah tak keharuan dan ketakutan. Nasib baik tiada siapa yang perasan kerana saya pakai niqab. tiada siapa nampak muka ketakutan saya.

setiap orang datang pada saya atau menegur saya. saya berharap mereka tak berbuat demikian. kerana saya takut pada mereka . Takut seperti saya bermusuhan dengan mereka.Sepanjang meeting saya tak banyak cakap. saya juga tak tahu kenapa dengan saya dan saya rasa sangat pelik sekali. Namun gagal untuk melawan emosi itu.Cuma ada sesuatu yang saya tak perasan kektika itu adalah saya beljm makan dari pagi kerna mengejar masa pagi tadi takut terlewat meeting. Ya saya belum makan lagi. Memang saya fikir untuk makan selepas meeting nanti. Sungguh saya tak tahu waktu itu bahawa gastrik saya yang mungkin sudah sekian lama sebenarnya menjadi punca kepada Serangan Anxiety saya ini.

Anxiety & Perut

Semua ini saya tidahk tahu dahulu bahawa reflux dari perut menyebabkan degupan jantung laju. namun saya tak sakit perut pun. tak tahu pun saya gastrik sebenarnya. Kerana sebenarnya ini gastrik bukan sebab tidak makan sahaja ada banyak sebab. Saya sendiri adalah gabungan stress yang menyebabkan hypochlorhydria dan kemudian menyebabkan perut saya mengalami kecederaan dan sensitif lagi dengan acid perut sendiri. Panjang ceritanya. Saya akan kongsikan lagi tentang ini.

Berbalik kepada Pengalaman Diserang Anxiety saya . Jika saya tahu waktu ni. pasti saya dah pegi makan. dan tak biarkan perut kosong. Pasti saya mengawal stress saya dengan baik. Pasti tiada siapa sangka yang orang gelar gastrik ini bukan lah sekadar gastrik.

selepas kejadian tu hampir 2 minggu saya banyak diam dan duduk dalam bilik dengan fikiran yang macam-macam.Semua yang di fikirkan adalah benda yang menakutkan mdan tidak baik sahaja. Saya juga terpaksa melayan dalam kebimbangan kesakitan saraf. Sremua urusan rumah saya minta suami uruskan termasuk memasak. Anak-anak tidak didibenarkan dekat dengan saya kerana emosi saya tidak stabil dan tidak mampu menjalankan  tugas sebagai ibu mahupun hanya untuk senyum pada anak-anak.

saraf tengkuk dan rahang macam ditarik-tarik, rasanya ngilu.terutama malam. Saya tak tahu pun waktu ni bahawa itu refered pain dari perut saya. Ya, kesakitan yang dirasakan oleh sebab bahagian tubuh kain yang sebenarnya mengalami sakit sebenar. Ia adalah perut saya yang perut itu sendiri tidak sesakit saraf tadi, Emosi saya juga dari perut saya sebenarnya.

Setiap malam saya takut untuk tidur. takut mati dalam tidur. Dasyatnya kan  fikiran orang anxiety. Sesunggubnnya saya sebenarnya pelik dengan keadaan saya waktu itu. saya pelik dengan diri saya. tapi tak mampu nak kawal fikiran dan rasa ni.rasanya seperti disconect dari tubuh sendiri. Dan semua ketakutan seperti semua yang difikir dan di gambarkan ada depan mata. Saya tidak tahu bahawa perut menghasilkan 80% hormon gembira melalui bakteria baik dan makanan. Saya fikir otak saya bermasalah dan emosi saya bermasalah.

ini bukanlah Serangan Anxiety sebenar saya . Ini baru geli-geli sebenarnya. Ia adalah serangan amaran . Ada seranga yang lebih kuat lagi selepas itu.

insyallah saya akan kongsikan dalam Part 2 nanti. Follow supaya tidak ketingalan dan kongsikan cerita ini supaya semua orang tahu apakah itu anxiety sebenarnya