Obesiti adalah suatu penyakit dan bukan sekadar berat badan berlebihan. Di Malaysia ni terlalu ramai yang obesiti sebab menu makanan di malaysia yang tidak sihat dan telah pun menjadi culture makanan turun temurun. Oleh sebab masalah ini pelbagai cara kuruskan badan terdapat di pasaran.

obesiti

Memang banyak cara kuruskan badan sekarang yang cuba membantu mereka yang obesiti, tapi ada juaga yang hanya sekadar mengaut keuntungan tanpa keberkesanan.Ada yang berjaya kurus dan ada yang tidak. Sejauh mana keberkesanan produk pelangsingan yang ada, sejauh mana selamat dan sejauh mana program pelangsingan dapat membantu kita kurus.

Jenis-Jenis produk / program pelangsingan yang ada ;

images (21)

  • Meal replacement

Sebagai pengganti makanan supaya kita tidak makan makanan yang tidak sihat.Tidak semua orang mampu untuk menahan selera mereka untuk tempoh yang lama dan akhirnya makan seperti biasa kembali di tambah dengan meal replacement kita akan menambah berat badan yang berganda kembali.

  • Detox

Membuang toksid dalam badan dengan teh herba atau penggunaan julap. Kita boleh turun apabila semua yang kita makan dibuang setiap hari. Tetapi berapa lama kita ingin mengambil julap ini ..? dan bergantung kepadanya. Julap tidak boleh diambil dalam tempoh yang lama kerana akan mendatangkan kesan kepada usus kita. Tetapi ada juga detoxsifikasi yang tidak memaksa kita ke bilik air seperti julap.

  • Pecah lemak

Mengambil suppliment memecahkan lemak dapat membantu badan membakar lemak yang tersimpan. Akan tetapi ia agak sukar untuk lemak tepu ( fat bank )dan mengambil masa yang lama .

  • Senaman

Senaman adalah cara kuruskan badan yang paling sihat . Ia agak mengambil masa tetapi selamat dan kos tidak terlalu mahal atau tiada kos. Tetapi bagaimana untuk mereka yang makan kembali kalori yang telah mereka bakar selepas senaman.? . hrmmmmm .

images (16)

  • Diet

Diet juga adalah cara kuruskan badan yang selamat iaitu dengan menjaga corak pemakanan. Ada yang mengurangkan jumlah makanan dari biasa, ada yang ikat perut ( berlapar ). Tetapi cara ini hanya sementara dan ramai yang tidak dapat bertahan lama,  tidak kurang juga yang berjaya.  Akan tetapi, berdiet dengan berlapar akan memperlahankan metabolisim badan kita.Dan bila kita mula makan semula dengan kuantiti bisa , badan kita tidak dapat membakar kesemua kalori dan lemak lalu menyimpan di dalam badan dan menyebabkan badan kita naik mendadak kembali. Ini di panggil ” diet yo yo ” .

pembedahan langsing

  • Surgery / klinikal techinque

Surgery adalah program pelangsingan dengan kesan serta merta namun berisiko.Ada bermacam jenis teknik pelangsingan melalui surgery seperti ; liposuction ( sedut lemak ) , Fat burn injection ( inejction pembakar lemak ) , ” weight lose surgery” dengan mengecilkan perut (usus perut )dan memperlahankan pencernaan , Radio frequency ( reshaping & fat burn ) dan pelbagai lagi.

  • Rawatan Pelangsingan

Biasanya dilakukan di sliming centre.Rawatan ini agak mahal dan tidak terjamin keberkesanannya. Kita akan melalui beberapa rawatan seperti sauna wrap, radio frequency dan sebagainya. Banyak juga kita dengar sudah berhabis beribu-ribu ringgit tetapi tidak berjaya seperti yang diiklan atau dijanjikan.

pil pelangsingan

  • Pil penahan selera makan

Cara kuruskan badan dengan menahan selera makan seseorang dengan mengambil Pil. Pil ini mengandungi dadah phentermine membuatkan kita rasa tidak berselera. Jenis pil adalah seperti duromine , adipex dan sebagainya. Dadah yang di ambil juga mendatangkan kesan berbahaya pada pengguna seperti; sukar tidur , berpeluh , jantung berdebar, rasa pening, moody dan sebagainya.Kebanyakkan orang yang pernah mengamalkan pil ini juga mengalami kenaikkan badan mendadak dan berlipat kali ganda selepas berhenti.Ini kerana metabolisim mereka sudah rosak dan tidak bekerja dengan baik ketika mereka berlapar.

Apa pun kaedah pelangsingan yang kita pilih , pastikan ia selamat dan bersesuaian dengan kita.Pilih la produk atau program yang di akui selamat. Apa yang paling penting dalam program pelangsingan adalah dengan tiada kenaikkan semula dengan membaiki metabolisim tanpa merosakkannya kerana metabolisim juga lah punca utama kenaikan badan.

Ikuti program pelangsingan kami yang pelbagai mengikut keselesaan anda, mengenal pasti masalah berat badan anda.Dengan menggunakan produk yang selamat dan pemantauan sepanjang program.

Semoga memberi manfaat dan dapat kita memilih program pelangsingan yang berkesan tetapi selamat supaya tiada masalah di kemudian hari.

pengedar shaklee