Dah 3 hari tak update blog.. Cuti 3 hari. Aisyah demam panas. Ulser tekak atau tonsiltis . Petang kelmarin tu suhu dia panas. Malam nya dia dah macam tak bermaya. Duduk aje. Nampak macam tak sihat sangat.

11902448_10206439876849231_3044287742511783980_n

Macam biasa aku monitor je panas dia dan bagi ubat demam. Esok nya lepas 3 jam bagi ubat demam suhu dia naik balik. So aku tuam dengan air asam jawa dan buat ACV socks ( Apple cider Viniger ) untuk turun kan suhu nya. Tak akan aku nak bagi lagi ubat demam, baru je 3 jam tadi bagi.

Tengok keadaan aisyah macam lembik sangat.. Mushkil pulak apa punca demam nya.. Demam sebelum kena campak hari tu pun  sangat lembik macam ni. Selalu kalau demam, tempat pertama aku check adalah tekak dia. Sebab memang commen demam budak sebab sakit tekak.

ulser tekak

Sile abaikan lubang hidung Aisyah tu… huhu….Terkejut aku tengok ulser besar kat kiri kanan tekak aisyah campur bintik-bintik ulser baru yang nak tumbuh kat lelangit die… Aduhhhh.. terasa sakit nya.. Patot la dia lembik. Tak mahu makan dan minum… Siannn anak mama.

Aisyah ni pemakan orang nya. Berselera. Pantang nampak. Sebab die selalu berselera, jadi apa orang besar makan dia pun makan.. Tak sedar aku bagi dia biscut Chipmore hari tu . bahaya tuk dia. Dia tak boleh nak kunyah hancur.. Pakai telan je agaknya saupai luka tekak…Rasa besalah sangat…..

ulser tekak

Hari ni dah hari ketiga. Demam dah surut. Dah boleh makan tapi Cuma minum masih kurang.. Alhamdullilah 2 hari je demam. Bersusah payah nak suruh dia makan vitamin c ni.. Susu memang campur nutriferon . Makanan campur garlic.. Memang aisyah demam kami tak bawak pegi klinik kalau tak da jangkita bahaya.. Sebab kakak dia dah pengalaman asik makan antibiotik dulu..So tak nak la ulang dekat aisyah.. Bahaya antibiotik pada kanak-kanak.

ulser tekak

Sekarang tinggal nak tunggu ulser tu baik je. Aku bagi makanan yang lembut-lembut je.. Risau luka lagi tekak dia…

Mama sori aisyah terbagi biscut chipmore..Lupa awak belum ada geraham.

Kalau korang ada yang anak demam dan nak rawat semulajadi boleh pm saya di 012-6770032 untuk cadangan vitamin dan dose yang betul untuk anak tercinta…;)