Dari malam tadi bby ieman meragam.lain dari kebiasaan. mula2 saya ingat  ada yg tak kena dgn apa yg saya makan.mungkin ieman tak tahan.
rupanya tanda bayi beralih bulan. pernah jadi masa dalam pantang  dulu baru perasan.

tanda bayi beralih bulan

malam tadi abi dodoi ieman sampai jam 3 pagi.masih tak nak tido. dah dodoi tido tapi bile letak die bangun balik. tidur sepanjang hari ni pun macam nap je kejap2. turn ummi pulak petang ni melayan ieman.. bertabah la ?? dengan aisyah yg memang takkan tido selagi semua org berjaga.jadi bertambah “bertabah” ummi ni bila dua2 menagis..sampai ummi pun rasa nak nangis??. nasib ummi faham tanda bayi beralin bulan.

fb_img_1477409107526

ada tak anak2 korang meragam dan tak macam biasa.tak demam dan tak pulak ada tanda2 sakit. kalau tak da mungkin tu tanda bayi beralih bulan.

  • bayi jadi rewel dan cerewet. contoh bila letak nangis (ragam yg tak selalu bayi buat)
  • tidur kejap2 atau tidur lama sgt
  • asik nak menyusu.kerap macam tak cukup susu
  • nampak tak selesa
  • tidak demam atau sakit

jgn risau ibu2. selalunya tanda bayi beralih bulan ni berlangsung beberapa hari hingga seminggu. beralin bulan ni jadi untuk bayi di bawah 1 tahun antara umur bayi 2 ke 6 minggu , 3 bulan , 6 bulan dan 9 bulan. walau macam mana pun setiap bayi adalah berbeza.selalunya selepas tanda bayi beralih bulan ni , bayi akan dapat kepakaran baru.macam berpusing, menyarap dan lain2

kalau anda rasa bby anda ada tanda macam ni. boleh cuba luangkan masa melayan ragam bby. tangguhkan duku kerja2 lain untuk beberapa hari.beri tumpuan pada bby dan bagi apa yg bby nak. mintak tolong org terdekat untuk jaga anak2 lain jika ada supaya anda boleh focus pada bby dan tak stress. ?

Pengedar Shaklee Ampang & business leader

olie 012 677 0032 ?