Sakit sendi , jangan ambil ringan. Sakit sendi menyerang kebanyakkan orang, lebih-lebih lagi yang sudah berusia. Selalu kita dengar keluhan mak-mak kita. Sakit lutut, sakit pinggang, sakit-sakit sendi penyambung tulang.Masih ramai yang belum sedar akan jenis penyakit sendi dan hanya beranggapan ia sebagai penuaan dan mitos orang tua-tua sebagai masuk angin.Tidak kurang anggapan tidak menjaga pantang jika sakit sendi di kalangan wanita.

images (12)

Jom kita kenali dengan lebih dekat mengenai sakit sendi ini bagi membantu mak-mak kita dan untuk pengetahuan awal jika terjadi kepada kita.

Sakit sendi ini dipanggil Artritis dan mempunyai beberapa jenis dan di sebabkan oleh keradangan dalam sendi.

Tanda-tanda Artritis.

  • Sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang belakang di bahagian bawah)
  • Sendi bengkak atau kemerahan
  • Kekejangan sendi
  • Susah untuk bergerak seperti biasa ( sendi menjadi kaku )
  • Sakit apabila bergerak
  • Perubahan kepada sendi
  • Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut
  • Otot betis menjadi kecut bagi penghidap osteoarthritis lutut
  • Sakit bila sekeliling sendi ditekan
  • Kehilangan fungsi sendi

sakit sendi

Jenis-Jenis Artritis

  • Osteoarthritis (OA)

Adalah yang paling sering dihidapi dan kebanyakkannya oleh warga tua .Ia berpunca dari sendi yang telah haus. OA akan menjadi lebih sakit apabila banyak bergerak terutama di penghujung jari. Contoh seperti pegerakkan menaip, menjahit, menulis dan semua pegerakkan yang dilakukan menggunakan jari.

sakit sendi

  • Artritis Rheumatoid

Selalunya dihidapi kaum wanita.Ia berpunca dari tindakan daya tahanan badan yang bercelaru apabila tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri.Kesakitan seperti ; kekejangan sendi pada jari, penrgelangan tangan dan kaki yang berlarutan sehingga 30 minit pada waktu pagi dan mengambil masa untuk reda.

  • Artritis di sebabkan jangkitan kuman

Ia di sebabkan oleh jangkitan kuman. Kita akan merasa demam dan menggigil dan hanya menyerang pada sendi-sendi sahaja.

  • Gout

Sakit di sebabkan oleh asid urik yang mendap pada sendi-sendi. Ia biasanya menyerang orang lelaki yang di pertengahan umur. Sakit di rasai pada pangkal ibu jari kaki.

Orang yang berisiko mengidap Artritis

  • Penuaan
  • Obesiti
  • Ahli keluarga yang pernah mengidap artriris ( diwarisi terutama gout)
  • Sendi yang terlebih fleksibel (‘hypermobile joints’)
  • Kecederaan berat seperti bersukan
  • kerap Mencangkung
  • Pekerjaan: burh dan peladang

Mengidap Artritis juga boleh menggangu kesihatan harian kita . Perhatikan jika seseorang mengalami tanda-tanda sakit sendi, mereka juga akan ada beberapa masalah kesihatan lain seperti ini.

  • demam
  • Seram sejuk
  • Keletihan / kehilangan tenaga
  • Sakit Kepala
  • Hilang selera makan
  • kekejangan otot

Mengenal pasti sakit sendi yang dihidapi boleh membantu pencegahan awal.Biasanya orang sangat suka mengurut bagi melegakan kesakitan tetapi mengurut sebenarnya bukanlah jalan penyelesaian bagi sakit sendi.Mengurut hanyalah rawatan melegakan sakit dan tidak dapat merawat penyakit ini sepenuhnya. Tidak kurang yang menggunakan ubatan berasakan steriod bagi melegakan kesakitan sendi.Kesan sampingan steriod mungkin akan menyebabkan penyakit lebih teruk.

Pemakanan seimbang menggalakkan kesihatan sendi atau pengambilan makanan tambahan semulajadi yang betul adalah jalan terbaik merawat dengan selamat dan berkesan.

 

contact