Aku decide pakai braces ni 2 thn lepas. Di sebabkan last trimester preggy hari tu xpg dental sampai habis pantang, jd
bertambah lame la aku pakai.

Ade banyak jenis braces ni.tradisional braces (yang boleh tukar2 colour tu), self ligating dan Paling terbaru clear path atau clear braces.yang ni xpakai besi, pakai mcm plastic je dan xnampak pun macam org pakai braces . Macam yang dayang nur faizah pakai .Tempoh pemakaian die lbh pendek dari braces biase. tp harga , mak aiii!! Kalau area k.l dalam 8k ke 10k.

 

Aku pakai braces jenis self ligating dengan metal biasa nak pakai ceramic mahal pulak. Yang ni jenis pakai clip je.lebih mudah gigi nak bergerak,lebih kecil dan kurang sakit dari tradisional braces yang pakai ikat .tempoh pemakaian jugak lebih pendek. Harga untuk area kl lebih kurang 5k to 6k..kene pandai cari tmpt. Kebanyakkan klinik menyediakan instalment plan.yang mana kite bayar half dulu.lg half bayar ansuran tiap kali checkup dan harga boleh di runding.
Procedure pakai braces  :
  • Kene check gigi dulu.
  • Then xray (ade klinik tak buat kalau gigi xbnyk problem) .
  • Lepas tu dokter amek acuan gigi.
  • Selepas itu samada kikis gigi (ni untuk yang tak perlu bnyak ruang nak pakai.untuk gigi yang kurang bermasalah).dokter akan kikis beberape gigi (kiraan dlm mm je setiap kikisan.tak boleh kikis banyak setiap gigi) untuk dapatkan ruang supaya gigi dapat di tarik.
  • Cabut gigi.(ni untuk gigi yang bermasalah dan memerlukan ruang yang banyak). Berape batang gigi nak cabut??? Bergantung tgk pada masalah dan susunan gigi.
  • Lepas tu baru pasang braces (kalau cabut , lepas seminggu).Pasang braces amek masa dlm 1 jam.lepas tu siappp!!! Maka bergelar la minah braces.
Sebelum pakai braces
Mulut kite akan ambil masa sikit untuk serasi dgn braces ni. Maka terjadilah ulser mulut bile bergesel dgn braces.. nak elakkan kene pakai wax .mintak dgn doktor atau boleh beli online je..
Untuk mase seminggu tu aku makan pelahan dan kalau dapat yang mudah kunyah , sebab rase ngilu2 sume gigi ni.tp still boleh makan xde la  mcm org cerite xboleh nak makan..ok je.mungkin sebab self litigation braces yg kurang sakit.Dalam mase sebulan.nak bcakap, nak gelak sume xselese..sebab tak biasa. Gelak2 kandang tersangkut pulak bibir kat braces..aduiiihh!! . Lepas sebulan mulut dah biasa..sume ok. Ulser pun dah tak de.
Cara penjagaan pakai braces .

Boleh beli berus gigi khas atau berus gigi biasa yang super soft bg memudahkan nak gosok gigi. Dan lagi 1 adalah berus yang kecik2 tu untuk gosok celah2 gigi dan braces.
Makan ape je boleh.lepas makan boleh berkumuh atau gosok gigi untuk buang sisa yg melekat celah braces. Kalau daging, kacang, mee akan tersangkut lah kat celah braces..hihi.. Dan kalau nak makan buah epal memang kene potong xboleh dah nak terus gigit guna gigi depan
Selepas Pakai Braces
Ni gambar selepas beberapa bulan aku pakai braces nak senyum lebih selese sebab gigi tu dah masuk dalam sikit..kalau dah bukak ni mesti lebih cun melecun..huhu
Lepas 1 tahun pakai
Bagi aku xlah sakit dan susah sgt pakai braces ni. Ok je.Jadi siape yang bercite2 nak pakai braces tu..pakai je.. xrugi pun..untung je..