Assalamualaikum .

Lumrah kehidupan ada pasang surut, turun dan naik. Macam tu jugak semangat kita dalam meneruskan apa jua yang kita perjuangkan dan usahakan. Seperti korang jugak, saya juga ada turun dan naik dalam kehidupan terutama dalam menjalani perniagaan sendiri yang sangat perlu untuk menaikkan semangat, sentiasa.

menaikkan-semangat

Selama 3 tahun saya bersama Shaklee dan selama itu juga ada pasang surut semangat. Namun sedikit pun tidak mematahkan semangat saya untuk terus bersama Shaklee. Berkali-kali saya give up kerana sales down, tiada masa dan kadang-kadang masalah sendiri yang effect emosi dan secara tak langsung effect momentum dan prestasi saya.Pernah satu ketika saya rasa tak mahu lagi buat Shaklee sebab tak ada masa dan tak pandai nak bahagiakan masa. Tapi Alhamdullilah saya ada suami yang sangat supportive, memberikan kata-kata positif dan kepercayaan yang tinggi.

3 Cara saya menaikkan semangat supaya kekal positif

  1. Pergi menambah ilmu. Hadiri seminar, class dan coaching bersama mentor atau upline. Bila ilmu kita bertambah, makin mudah kita nak menguruskan perniagaan dan membahagikan masa antara kerja dan personal. Belajar tips-tips bekerja dari rumah dan tips-tips menjimat kan masa dengan kerja. Time management.
  2. Buat je apa yang perlu dan abaikan segala rungutan atau alasan yang melintas dalam fikiran. Jangan tunggu sempurna, buat je dulu
  3. Mendengar dan membaca sesuatu yang boleh buat saya ter motivasi. Saya suka dengar prof muhaya dan juga suka melihat mentor-mentor yang berjaya. Orang kata pembakar semangat

kekal-momentum

Saya juga berusaha untuk keluar dari comfort zone dengan cara mecabar diri dan meletakkan diri pada situasi yang getir supaya saya terpaksa berusaha.Ini memang tingkah laku saya dari kecik sampai ada orang kata ” ko ni berani sangat ” ( kecik2 dulu ada jugak la benda nakal hihi ). Kenapa nak takut selagi kita tak buat yang allah benci.Isyallah allah bantu dan akan ada hikmah di sebalik kesusahan dan pengorbanan. Bersangka baik dengan allah.

dr-e1447776384631

Bila saya buat semua ni , ia menaikkan semangat saya kembali dan mengembalikan momentum saya untuk bekerja dengan lebih keras. Ikut gerak hati apa yang kita rasa membantu kita. Lain orang lain pencetus nya. Cuba lah yang terbaik