Berpantang kali ni agak kelam kabut. mungkin sebab masuk no 3 dan suami sahaja yg jaga kami berempat termasuk urusan rumah dan memasak. saya pulak bersalin czer dan perlu  rehat dari membuat kerja2 berat . sebab terlalu sibuk dgn urusan rumah dah menyesuaikan diri dgn bby baru  kami dah lewat daftar kelahiran ieman .

lewat-daftar-kelahiran-2

ieman nak masuk 3 bulan baru kami berpeluang nak daftar surat beranak. maka pergilah ke utc untuk daftar . dekat borang hanya tulis denda jika lewat mendaftar. bayar je la denda kan, apa ada hal setakat RM50 untuk masa yang tak dapat nak spend untuk mendaftar. rupanya  lebih menyusah kan.huhu. bukan setakat denda.

lewat daftar kelahiran kena daftar di pusat  JPN sahaja. UTC tak boleh. Kami di beri borang lain untuk di isi bersama2 document yg di perlukkan.haa sudah, tgk borang pun dah pening nak isi.

ini list document yg di perlukan jika lewat daftar kelahiran

  • gambar bby (full dan pasport )
  • gambar passport ahli keluarga . ibu bapa dan adik beradik lain seibu sebapa
  • photocopy my kid dan ic
  • surat angkat sumpah untuk daftar lewat kelahiran
  • document biasa daftar kelahiran. sijil nikah , prenatal checkup card, surat hospital, borang daftar kelahiran
  • document original
  • ibu bapa dan bby perlu hadir bersama ketika daftar kelahiran
lewat-daftar-kelahiran

Wanted ni

nak siapkan semua document pun dah costing . tu belum lagi rintangan2 bawa budak kehulu kehilir dengan aisyah yg susah nak tangkap gambar.huhu. lepas dah selesai submit lewat daftar kelahiran di counter pusat  JPN ingat dah lega dah . Rupanya tak sudah di situ. huhu .belum boleh dapat surat beranak tau. kena tunggu 1 ke 3 bulan JPN nak siasat ??. so ieman sekarang belum ada surat beranak. nak buat medical  insurance pun  tak boleh lagi .

Serik lewat daftar kelahiran ni. masa kehulu kehilir siap kan document pun dah rasa renyah nya .macam pendatang asing dah.huhu

apapun mesti ada sebab semua document di perlukan .  dan bagus jugak sebab kita akan serik lewat daftar kelahiran anak lepas ni. kalau yg baru besalin tu cepat la daftar kelahiran anak supaya tak susah macam kami.