Langkah awal berhenti merokok ni bukan lah aku plan pun.Semua nya secara tak sengaja dan mungkin Allah sedang nak makbulkan doa aku dan doa orang yang mendoakan aku. Alhamdullilah. .

Semua  terjadi satu persatu dan seolah dah di atur bahawa aku akan dapat berhenti akhirnya macam doa aku selama ini , iaitu BERHENTI DENGAN MUDAH . Langkah ni juga boleh korang mula gunakan sekiranya korang betul-betul dah sedia nak tinggalkan life berasap korang.Atau kalau tak sedia sekali pun cuba mulakan langkah. Why not , is a good thing to do.

langkah awal berhenti merokok

  1. Niat – Macam aku cakap hari tu, apa pun mulakan dengan niat.Katakan dalam hati “aku nak berhenti merokok “ dan bayangkan macam ni stick yang terakhir walaupun selalu akan ada stick yang lain atau kotak-otak berikutnya..haha.. tu biasa.Jangan takut berimpian.
  2. Sebab nak berhenti- setiap apa yang kita buat mesti ada sebab. Cari sebab yang kuat untuk korang berhenti. Contoh anak-anak.Renung la muka anak korang, bayangkan kalau korang jatuh sakit sebab rokok atau pergi dulu sebelum sempat diorg membesar dan dididik sempurna.Bayang kan…? Contoh 2 : Kesihatan korang.Cuba korang rasa kualiti nafas, kardiovascular dan kesihatan lain korang.Ada tak yang mengganggu ? macam nafas pendek, naik tangga semput , batuk yg kerap dan kahak yang tak pernah hilang .Biasanya perokok akan nafikan walau diorg rasa tak berapa sihat lagi.Tapi sebenar nya itu hakikat.Perokok memang tak sihat seperti orang yang tak merokok atau lebih teruk lagi. Tak caya cuba korang uji kecerdasan atau aktiviti dengan orang yang tak merokok.Contoh 3 : Perhatikan tahap kewangan korang dan berapa banyak dah terlabur membeli rokok.Adakah berbaloi ? atau apa yang best korang boleh buat dengan duit-duit tu?Korang boleh cari lain-lain sebab. Lain orang lain sebabnya.Ini Cuma contoh dan dari pengalaman aku sendiri yang mana  ni semua menjadi sebab utama aku berhenti.Entry lain aku ceritakan lebih detail bab ni.
  3. bahaya merokok
  1. Doa – Bila dah jumpa sebab bordoa lah dan mintak sekerap yang mungkin. Aku dulu mintak supaya berhenti dengan mudah sebab payahnya aku nak berhenti. Hanya Allah je boleh bantu.bahaya merokok b7baf8e5ae1a161154aa123389a7d45d
  2. Baca dan cari penyakit-penyakit akibat merokok.-Lagi baik kalau yang ada kena mengena dengan masalah kesihatan kita.Macam batuk berpanjangan, Sesak nafas,Jantung dan lain-lain.Dan korang akan terkejut bila baca tanda-tanda ni pada korang sebenarnya. Cari tahu macam mana penyakit ni terjadi . Macam aku dulu selalu berkahak dah macam paru-paru berair sebab cecilia tak fungsi lagi akibat karbon monoksida setiap hari. Sentiasa baca dan baca sampai korang naik takut atau terbayang kat diri sendiri  langkah awal berhenti merokok
  3. Bercampur dengan orang anti rokok atau orang yang tak merokok tanpa diorg tahu ko merokok sehingga menyukarkan korang nak pegi merokok..amacam ?? haha. kalau yang tahu pun cuba hormat dan tak merokok depan diorang. “ siapa kawan kita menentukan siapa kita “. Bekawan baiklah dengan orang yang tak merokok .
  4. Makan makanan atau suppliment tambahan yang mengurangkan rasa ingin merokok.Aku ambil SET BERHENTI MEROKOK yang sangat membantu aku lupa waktu penting merokok macam lepas makan, bilik air dan bangun tido. Secara perlahan ia membantu aku berhenti tanpa ubatan gantian atau cuba-cuba nak berVAPE .Aku berhenti secara semulajadi juga membuang habit merokok.

Ada banyak lagi langkah, tapi ni antara langkah awal berhenti merokok yang aku lalui . KETAGIHAN MEROKOK memang tak senang nak di atasi tapi insyallah dengan tekad yang kuat. Semoga memberi manfaat.Lain entry aku kongsi lagi tips-tips berguna.