Semua orang yang berniaga ada melalui fasa pertama kali nak menjawab pm / pertanyaan customer . Saat yang paling mendebarkan bagi yang tak pernah lalui dan yang bukan peramah sangat macam saya ni. Cara menjawab pertanyaan pelanggan pun kena betul, First impresion itu penting.

cara-menjawab-pertanyaan-pelanggan

Teringat buat pertama kali ada pelanggan pm saya melalui FB page saya. Punya la berdebar campur seronok . Rasa excited nak jawab dan dalam masa yang sama rasa berdebar. Tak tahu lah cara menjawab pertanyaan pelanggan saya masa tu ke laut ke tidak.haha.Walau pun prtama kali mase tu, tapi dapat close sales tau.Punya lah memberani kan diri nak menjawab pm sambil dalah hati cakap ” betul ke ape aku taip ni “.( Nampak tak sifat pemalunya iolss tu hehe)

cara-menjawab-pm-pelanggan

Masa berlalu, sekarang dah pakar. Tak payah tunggu pelanggan pm, kadang2 saya sendiri pg pm pelanggan. Bila kita dah selalu buat dah ada keyakinan diri  makin seronok pulak layan customer ni.Dah ada cara yang sebati dengan saya setiap kali nak jawab pm cust.Antaranya yg mungkin membantu orang yang macam saya dulu

cara menjawab pertanyaan pelanggan melalui PM

  • Sebelum jawab baca ya azizi, ya jabar, ya mutakabir untuk lembut kan hati cust
  • Bagi salam perkenalan, memperkenalkan diri dan mintak cust jugak perkenal kan diri
  • Tanya masalah cust ( jangan berikan harga dulu ). Produk khowledge sangat penting supaya korang boleh bantu masalah cust. Kecuali kalau korang jual baju ke tudung mungkin tak banyak yang korang boleh sembang dgn cust.
  • Jangan menjawab macam robot atau copy paste jawapan berserta harga dan no account etc.Manusia suka berurusan dgn manusia bukan robot
  • Jawab la dengan sungguh2 dan bagi cadangan yang tepat. Betul kan niat hati untuk bantu org dan jgn aniaya cust hanya kerana kita nak duit cust. Kalau tak tahu cadangan sila cari mak Shaklee korang untuk jawapan yang lebih baik.
  • Last : JANGAN MAIN HARGA. Orang yang main harga adalah penjual yang tak yakin dengan diri sendiri dan menganiaya peniaga lain . Dalam islam juga ia tak elok di buat.

Harap cara jawab pertanyaan pelanggan ni dapat membantu korang menjawab dengan lebih baik. Kalu team saya memang saya suka sangat nak bantu menjawab Pm ni , sebab saya suka pelanggan berpuas hati dan kepuasan kita mencuba yang terbaik membantu pelanggan.

Apa pun korang niagakan di galakkan belajar berniaga supaya tak ke laut . Cari lah mentor peniagaan insyallah dapat membantu korang tambah pendapatan sampingan dalam keadaan ekonomi sekarang

Pengedar Shaklee Ampang & business leader Olie 012 677 0032 😉