Kutu kepala biasanya di jangkiti kanak-kanak terutama kanak-kanak yang bersekolah atau tinggal di taska dan pusat jagaan.Memang susah nak elak utuk tidak di jangkiti dan dijangkiti lagi berulang kali.Berbagai cara hilangkan kutu kepala ni.


Kutu kepala adalah serangga kecil yang tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ianya ialah parasit yang mendapat makanan dengan menghisap darah dari kulit kepala manusia. 

Saiz kutu yang baru menetas adalah lebih kurang 1mm (lebih kurang saiz kepala jarum peniti), dan kutu penuh dewasa berukuran sekitar 3mm (kecil sedikit daripada saiz kepala mancis). Kutu kepala mengambil masa antara enam hingga 14 hari untuk menjadi penuh dewasa, kemudian betina akan melakukan hubungan jenis dan melahirkan telur di atas kulit kepala. (oh no.. kena cari cara hilangkan kutu kepala yang berkesan)




Telur kutu berwarna putih-kuning. Kadangkala ianya disangkakan kelemumur, tetapi boleh dibezakan sebab ia melekat kepada rambut dan sukar untuk dilucutkan. Telur mengambil masa tujuh hingga 19 hari untuk menetas dan kulit telur melekat tinggal pada batang rambut. Kutu boleh hidup sampai 21 hari, dan betina dewasa boleh mengeluarkan sebanyak 56 telur dalam satu hubungan jenis


Kutu kepala boleh hidup di kepala sehingga tiga bulan adakalanya tanpa menyebabkan gatal-gatal.Lain-lain tanda termasuk:

  • telur putih berkilat yang melekat ke rambut rapat dengan kulit kepala, selalunya di belakang telinga dan belakang leher
  • Sak kosong yang putih berkilat terdapat agak jauh ke atas pada batang rambut
  • Kutu dewasa boleh kelihatan di kulit kepala/rambut
  • Kemerahan di belakang leher disebabkan iritasi dari najis kutu.
  • Gatal kepala akibat air liur kutu

Kanak-Kanak yang di jangkit boleh menjadi mudah marah akibat ketidaselesaan rasa gatal yang amat sangat dan merasa sesuatu merayap di atas kepala .

Kutu rambut akan mati jika terpisah dari kepala manusia selama lebih dari 2 hari 
Kutu kepala tak boleh melompat, terbang atau berenang jadi ianya memerlukan sentuhan kepala dengan kepala untuk merayap dari satu kepala kepada yang lain. 

Itulah sebab ianya amat meluas di kalangan kanak-kanak berusia empat tahun hingga 11 tahun, yang selalunya bermain bersama-sama secara dekat semasa di prasekolah atau sekolah rendah. Sebagai ibu-bapa, pengasuh atau adik-beradik seorang kanak-kanak golongan umur ini juga mendedahkan anda kepada risiko! 

Terdapat banyak tanggapan salah yang menyangkakan kutu kepala lebih gemarkan rambut yang panjang dan jarang dibasuh, tetapi ianya didapati dalam kesemua jenis rambut. Kadangkala orang menyangka yang ianya boleh merebak apabila berdekatan dengan baju atau kain peralatan tidur, tuala dan topi yang mengandungi kutu, dan menyangkakan secara tak tepat yang barang-barang itu sepatutnya dibasuh atau diasapkan. 


Bagaimana cara hilangkan kutu kepala?

Malangnya, tiada jawapan mudah untuk penyelesaian cepat baginya. Kutu kepala sudah mempunyai daya tahan terhadap setengah daripada racun kimia yang dicipta untuk memusnahkannya, jadi tiada jaminan yang syampu rawat guna sekali akan menghapuskannya untuk selama-lamanya. Memang sangat susah nak hilangkan kutu ni. 

Antara cara hilangkan kutu kepala ialah dengan rawatan .

  • Shampoo Kutu -ada beberapa jenis shampoo kutu yang boleh di beli di farmasi.
  • Menyikat basah-rambut dengan menggunakan perapi rambut . Apabila basah, kutu yang berlumur dengan perapi rambut itu tidak akan bergerak dan akan terperangkap dalam gigi-gigi sika

 

 
  • Sikat electronik khas menghapus kutu
  • Rawatan  dimeticone-
  • Menggunakan Iron rambut electronic.Ironkan rambut anak, suhu panas iron ini boleh merosakkan telur kutu sekaligus membantu memusnahkanya
 
Setiap ara hilangkan kutu kepala tidak semestinya menghapuskan telur kutu.jadi ianya perlu di ulang seminggu selepas itu untuk menghapuskan kutu yang baru menetas.Terus memeriksa rambut anak bagi mengelakkan dia dijangkiti semula.
 
Apa jua kutu yang didapati di kepala pada sesi pemusnahan kedua, ketiga dan keempat adalah sebesar jarum peniti atau antara 1mm dan 2.5mm (dikenali sebagai fasa naiad). Jika anda terjumpa kutu dewasa (3mm panjang), ini bermakna anak anda telah dijangkiti semula dan pemusnahan kutu mestilah diteruskan secara dua kali seminggu untuk tiga sesi lagi.
 
Jangan lupa memeriksa rambut anda juaga.Anda juga berkemungkinan di jangkiti dari anak anda..