Tidak pernah terfikir yang saya kan berniaga sendiri.Tidak pernah juga berminat untuk berniaga sendiri.Saya bukanlah seorang yang pandai berniaga, bukan juga seorang yang pandai bercakap. Pendek kata tak reti menjual.

Saya pernah bekerja sebagai sales executive dengan company lain dan antara banyak-banyak sales exe, sayalah orang yang tak tak pernah capai target.Kira yang paling corot lah . Memang saya tak pandai menjual.

download (9)

Selepas pada itu tak pernah nak cuba kerja-kerja yang buat sales ni. Saya lebih minat di balik tabir. Kerja office biasa. Cumanya agak terkongkong berbanding kerja sebagai sales.

Satu ketika saya mula penat.Penat berkerja dengan gaji yang hanya sebanyak itu.Nak naik pangkat kena politik, which saya tak pandai nak buat. Hari-hari buat kerja yang sama.Kerja kuat gaji banyak tu jugak dan bukan senang boss nak hargai hasil usaha kita. Sebab diorg pun makan gaji macam kita.Jadi banyak protocol company yang kena ikut.

download (12)

Saya penat bekerja.Gaji habis bayar parking, makan, toll dan comitment lain. Nak reward diri sendiri pun kadang-kadang je dapat. Tambah pula dah ada anak. Di office saya ingat anak kat rumah.Tapi bila balik kerja saya tak larat dah nak bermain dengan anak. Urusan rumah tak dapat saya buat dengan sempurna sebab saya berkerja.

Akhirnya saya cuba berniaga sendiri.Itu pun sebab masa tu tak tahan dengan politik kerja.Bila nak mula cari kerja lain saya mengandung pula. Saya cuba berniaga sendiri, berniaga pakaian la, drop ship la macam-macam saya cuba. Modal saya keluarkan besar sebab nak keep stock. Dan dukacitanya, saya masih gagal. Sebab saya tak minat, tak pandai nak berniaga sendiri.

Lepas bersalin saya ingatkan nak cari kerja. Tapi tak sampai hati nak tinggalkan baby yang masih kecil.Di takdirkan berjumpa dengan Shaklee. Itu pun pada asalnya saya makan set bersalin shaklee terus jatuh hati. Tak sangka, orang yang tak reti berniaga sendiri macam saya ni dapat berniaga . Sebab yang paling awal ialah saya suka Shaklee,. Baru saya tahu kita kena suka apa yang kita jual. Baru kita dapat jual dengan yakin dan bersungguh-sungguh.

images (17)

Saya suka Shaklee sampai rasa nak share pada semua orang kesan yang sangat luar biasa dari produk lain. Bukan sahaja produk yang bagus, segala bimbingan di sediakan.Jadi tak lah saya terkapai-kapai nak berniaga sendiri.Shaklee juga sediakan sistem berniaga yang tersusun. Saya tinggal ikut je. Pulangan yang lumayan modal yang kecil.

Saya bermula dengan RM65 sahaja. Bualan pertama saya set up semua yang di perlukan untuk berniaga tanpa modal besar dan ada yang tak payah modal pun. Saya bermula dengan berniaga online  dan kemudian memulakan offline pula. Bulan kedua saya mula cuba-cuba sambil belajar produk dan merketing.Latihan ini pun di sediakan percuma. Bulan ketiga gaji saya mencecah 4 angka  dan semakin bertambah dengan usaha yang berterusan.

Semakin hari berniaga sendiri dengan Shaklee semakin saya suka. Dari seorang yang tak reti bercakap jadi sangat peramah pulak.Dan dalam group yang sangat membantu sesama sendiri. Yang paling best setiap hari semakin bersemangat dan setiap hari ada benda baru yang dapat belajar. Tak da lah lagi buat kerja yang sama setiap hari.

Saya juga lebih bebas mengurus masa saya untuk hal peribadi dan kerja.Anak pun membesar depan mata saya dan saya sendiri yang menguruskannya. Sekarang kami suami isteri mula berniaga bersama walaupun suami masih bekerja dan akan berhenti kerja bila samapai target yang kami inginkan. Inilah kelebihan yang paling best. Perniagaan Shaklee boleh jadi usaha bersama dan boleh di warisi anak-anak.Perniagaan keluarga. Kita boleh berniaga dan bina organisasi sendiri di mana bila kita tidur pun income boleh masuk. Risiko untuk company di tutup macam produk lain 0%. Shaklee sudah lebh 50 tahun tak macam produk lain yang tengelam timbul.

Sangat seronok berniaga sendiri sampai tak da MC pun macam makan gaji dulu..huhu.. Memang tak sangka saya boleh berniaga sendiri. Pokok pangkalnya, Jika kita nak pasti boleh. Yang penting dengan produk yang meyakinkan dan bukan berniaga tipu orang.

images (18)

Sekarang saya punya kebebasan masa dan kewangan lebih baik dari makan gaji. Pada yang ingin berniaga sendiri atau nak tambah pendapatan. Paling penting kita suka produk yang kita niagakan, sistem perniagaan,modal dan  pulangan, produk yang berkualiti , kesunguhan, keyakinan .

Saya bersyukur tak perlu bayar nursery , toll, parking, minyak lagi.Dapat gaji bersih. Duit kereta pun Shaklee boleh bagi. Nak makan angin pun Shaklee bayar dengan syarat kita uasaha bersungguh dalam perniagaan.

Harap dapat memberi sedikit manfaat dan pengalaman untuk pembaca.

😉

Jika ada yang berminat untuk berniaga sendiri dan bersama-sama kami boleh hubungi saya terus atau daftar ahli DISINI

contact