Alhamdullilah semalan bonus shaklee dah masuk. Since sekarang cuti seolah dan tak de bawa mawar bercuti kemana-mana gara-gara sibu pindah rumah. So kami plan berjalan ke aquaria je.

berjalan-ke-aquaria

Dari malam lagi anak-anak dah ternanti-nanti nak berjalan ke aquaria hari ni. Punyalah senang bangun pagi sebab excited.hi hi. Pagi-pagi gorengkan ayam dan nugget buat bekal nak kunyah-kunyah nanti tak payah lah asik nak membeli jer.

Cadangnya nak jadi orang pertama beratur sebaik aquaria buka. haha. tapi malang nya tengah hari baru sampai. Bukan senang tau nak pegi bejalan ke aquaria bawak 2 orang budak dan 1 baby. Nak bersiap je bercinte dah.Oleh kerana belum beli carrier, jadi aisyah yang 2 tahun kena jalan sendiri dan baby ieman naik stroler. Kami parking sebelah menara UOA rm 12 per entry. Jimat la dari nak parking rm 4 ke rm 5 per hour kan. Sebab dulu saya kerja di menara UOA berhadapan Aquaria tu. So tahu lah mana port parking yang murah.

berjalan-ke-aquaria-1 berjalan-ke-aquaria-2 photo_2016-12-15_22-25-18

Sampai di convention centre kami turun melalui lift sebab bawak stroler dan kat dalam aquaria pun diorang sediakan lift. Akan ada orang escort kita naik lift untuk berjalan ke aquaria  level yang berbeza. Bagus nya . Macam VVIP.. haha feeling ko. verangan. Harga tiket tak lah mahal sangat sebab ada promo CIMB less rm 25%. 2 dewasa dan 1 kanak-kanak baru rm 94

Muala-mula sampai excited budak-budak ni. Tapi bila masuk trowong tengok ikan jerung besar-besar si Aisyah mula berpaut kat kaki abi dah. siap nangis-nangis minta dukung. Pelik je abi. Walaupun bagi kami agak biasa je aquaria tu. Tapi untuk anak-anak berjalan ke aquaria macam syok giler.

Lepas berjalan ke aquaria , kami ke KLCC”exercise”. Jauh kot terowong nak ke KLCC.tak tau la berapa banyak kalori dapat burn tadi. Agak-agak timbang turun tak sekilo. hehe.