3 tahun ni memang ekonomi jatuh merundum-rundum. Suka atau tidak kita kena hadapi juga. Suka atau tak poket ku makin kering juga, harga barang makin mahal juga . Di sini lah datang nya semangat  untuk apply cara berjimat cermat saat ekonomi gawat.

cara-berjimat-cermat-saat-ekonomi-gawat

Macam tak caya je diri sendiri kena belajar berjimat cermat tahap bakhil  . Kalau dulu tak berkira kadang-kadang sampai membazir.huhu. Mungkin ini teguran allah supaya jangan membazir lagi. ( kan dah kena ) . Kenalah ikat nafsu berbelanja ala2 paris hilton tu. Sebelum poket makin kering dan perbelanjaan bertambah lebih baik kita cepat-cepat cari cara berjimat cermat. Ini antara tips yang saya terfikir untuk terpaksa buat huhu

7 Cara Berjimat Cermat Saat Ekonomi Gawat

  1. Tidak keluar ke shooping mall jika tiada keperluan penting untuk di beli. Ni untuk elakkan kita terpukau dengan sales hujung tahun dan terbeli barang yang kita rasa keperluan konon. hehe
  2. Hanya beli barangan keperluan SAHAJA .
  3. Jimat kan penggunaan barang-barang rumah dan elektrik. Guna pakai barang yang masih elok atau baiki. jangan beli baru
  4.  Jika menyewa. Pindah pada rumah yang sewanya lebih rendah. Jual 1 kereta jika ada 2 biji
  5. Pakai je baju ape ade dalam almari. tok sah tambah-tambah dah ( terpaksa la lupakkkan jubah-jubah fasyen terbaru dan khimar naelofar yang cantik tu )
  6. Beli barang kosmetik , suppliment atau toiletries hanya jika betul-betul bagus dan berkesan . Untuk elak kita cuba-cuba produk last2 tak boleh nak pakai.
  7. Berniaga kecil-kecilan untuk tampung pendapatan. Jual produk yang boleh di jual zaman ekonomi gawat dan jangan feeling buat produk sendiri dan keluar kan kos. Business online paling rendah kos.

cost-cutting

Cara berjimat cermat saat ekonomi gawat ni insyallah dapat selamatkan kita dari poket bocor. Selamat mencuba..